Drama Tiada Arah Jodoh Kita (2018) TV3



  • Tajuk : Tiada Arah Jodoh Kita
    Mula Tayangan :  13 Februari 2018
    Masa : Setiap Isnin-Khamis, 7.00 malam
    Siaran : Slot Akasia TV3
    Terbitan : Primeworks Studios Sdn Bhd
    Jumlah Episod: 28
    Pelakon : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania, Alis Mariya
    LAGU TEMA / OST 
    Tajuk : Rahsia Tuhan
    Penyanyi : Ippo Hafiz
    SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

    Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

    Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

    Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

     

    Tonton Tiada Arah Jodoh Kita

    Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
    Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14
    Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21
    Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28
    Add your comment